Assalamualaikum..
pagi tadi..dok syok sarapan,tergerak hati kecil ni nak tgk brite kat Astro Awani.yerla..nak tau gakla pekembangan dunia semasa ni kan..
aku tgk tajuk bwh tuh,lawatan akhir Bush ke Iraq,pastuh tgk lagi skali,ade org baling kasut.
wahh...tekejut aku.
okeh,ini sinopsis die..
Lawatan akhir Bush ke Iraq disambut balingan kasut
WARTAWAN Iraq melemparkan kasut kepada Presiden Amerika Syarikat (AS),George W. Bush ketika sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nourial-Maliki, bagaimanapun balingan itu tidak menepati sasaran.
Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadilawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan.Beliau tidak menerima "cenderamata penghargaan" daripada rakyat Iraq,sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersamaPerdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.
Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidakmenepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang.Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidakmengena.
"Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!" jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.
Kemudian Bush bergurau: "Ia (kasut) bersaiz 10."Kunjungan itu diadakan 37 hari sebelum Bush meninggalkan White House.Bush akan digantikan Barack Obama pada 20 Januari ini.Bush menggerakkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada 2003 dalam usahamenggulingkan Saddam Hussein.
Ketika Saddam digulingkan, pentadbiran Bush disanjung tinggi."Perang belum berakhir lagi," kata Bush sambil menambah, perang itu akan mencapai kemenangan kelak.Selepas itu Bush berlepas ke Afghanistan yang turut diserang AmerikaSyarikat atas nama peperangan ke atas pengganas pada tahun 2001
Ha,ni gambo Bush tgh tangkas mengelak, yang Nouri al-Maliki plak nape wat muke camtuh..?muke nak ketat jerk..ataupon muke pasrah?
so,klu ade sesape yang tgk brite tuh,korang fikirlah sndiri ek..
ape rasenye perasaan org tesebut smp nak baling kasut?seb bek baling kasut,klu baling bom ke hape ke cmane?ha..
ntahlah..kat sini aku tak banyak ape nak ckp,sebab blog kite ni sentiase dipantau.
so,just bagi melihat keadaan sebenar dunia skarang yang smakin kite pura-pura tak mengetahui.
kite mcm ambil lewa je kan hal-hal dunia,hal-hal agama kita sendiri..erm..
Wassalam..
4 comments:
aku tgk beb kat tv3 smlam..
skit lagi nak kene pale otak die...
menggelabah elak..
haha...
macam mana boleh miss.pandai betul sibush tu mengelak..
patutnye
bukan baling kasut.
baling je durian.
da sape suh
jahat sangat..
thanks 4 komen to my blog.
Tau dari mana yer.hehehehe
ko takot nk bersuara lantang dlm blog ko kan?? kan?? ha..
swoh c reporter yang berani tuh textkan untk ko..
ko lyn FP plak. haha.
Post a Comment